Pihak Anti-Ancaman Keselamatan Libya yang bersekutu dengan Kerajaan Perpaduan Nasional berkata pada Ahad, lima anggotanya terbunuh dalam serangan dron di bandar barat Zawiya, menurut berita Xinhua.
Menurut Xinhua, agensi itu dalam satu kenyataan, berkata mereka terbunuh pada Jumaat semasa menjalankan operasi keselamatan bersama yang dilancarkan di bawah arahan daripada Dewan Keselamatan Bersama dan Direktorat Keselamatan Zawiya, dengan sokongan daripada Pejabat Pendakwa Raya dan pihak berkuasa kehakiman berkaitan, untuk mengejar penjenayah dikehendaki atas jenayah yang mengancam keselamatan dan kestabilan sosial.
Pasukan keselamatan diserang secara langsung oleh dron bersenjata “ketepatan tinggi”, mengakibatkan kematian beberapa anggota yang terlibat dalam operasi dan kecederaan kepada yang lain, lapor Xinhua memetik kenyataan itu.

