Indonesia pada Isnin berkata, ia akan mengerahkan lebih daripada 700 anggota pengaman ke selatan Lubnan meskipun terdapat serangan dan pembunuhan oleh Israel, lapor Anadolu.
Pengerahan 742 askar akan dijalankan sebagai sebahagian daripada penggiliran untuk menggantikan pasukan pengaman Indonesia yang sedang berkhidmat di Lubnan, menurut Ketua Staf Presiden Dudung Abdurachman, lapor Anadolu memetik agensi berita kerajaan Antara.
“Saya melihat bahawa pasukan sudah bersedia. Sudah tentu, ini adalah misi PBB, tetapi yang lebih penting ia adalah misi untuk negara Indonesia,” kata Dudung.
