Hospital dikosongkan, MSF hentikan perkhidmatan ketika geng saingan bertempur di ibu negara Haiti

Hospital-hospital di kawasan kejiranan Cite Soleil di ibu negara Port-au-Prince, Haiti, memindahkan pesakit mereka dan kumpulan bantuan MSF (Doktor Tanpa Sempadan) menggantung aktivitinya di sana pada Isnin ketika pertempuran antara kumpulan bersenjata yang beroperasi di kawasan itu yang bermula dua minggu lalu semakin merosot pada hujung minggu, lapor Reuters.

Menurut Reuters, MSF berkata beratus-ratus penduduk mencari perlindungan di hospitalnya, di mana seorang daripada pengawal keselamatannya tertembak oleh peluru sesat di dalam kompleks itu.

Menurut agensi berita itu, sebuah lagi hospital memberitahunya bahawa ia telah memindahkan bayi baru lahir dari unit rawatan rapinya.