Sebuah pesawat penumpang Rusia yang membawa 65 penumpang dan empat anggota kru mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Antalya di selatan Türkiye pada Rabu susulan satu ancaman bom, menurut berita Xinhua memetik media tempatan.
Pesawat jenis Sukhoi Superjet 100, dikendalikan oleh syarikat penerbangan Rusia, Azimuth Airlines, dalam penerbangan dari Mineralnye Vody, Rusia, ke Antalya, telah diletakkan di bawah pemantauan rapi selepas ancaman itu diterima, lapor Xinhua memetik Agensi Berita Demiroren.
Selepas mendarat di landasan kedua lapangan terbang itu, pesawat itu diarahkan ke kawasan parkir yang selamat, di mana semua penumpang dan anggota kru dipindahkan keluar, menurut laporan itu.
Pasukan keselamatan telah melancarkan pemeriksaan terhadap pesawat berkenaan.
